:: Untuk makluman, blog rasmi Jawatankuasa Perwakilan Kolej Zamrud telah bertukar admin bermula 5 Oktober 2010, namun dilanjutkan ke penghujung tahun 2010 seiring pertukaran pimpinan JPKZ 09/10 di bawah terajuan :- Presiden AZAHARI BIN RAZALI Naib Presiden MUHAMMAD FAIZZUDDIN BIN ISMAIL Setiausaha SYAZWAN BIN SAZALI Bendahari MUHAMMAD YUSUF BIN NAJAMUDIN EXCO DISIPLIN & KESELAMATAN MUHAMMAD ZULKHAIRI BIN AZMI EXCO TUGAS-TUGAS KHAS MUHAMAD SAIFUL BIN JAMALUDIN EXCO PENGURUSAN MAJLIS & PROTOKOL MOHAMAD SYARIZAL BIN ABDULLAH EXCO KEUSAHAWANAN MUHAMAD IQBAL HAKIM BIN JOHARI EXCO KEROHANIAN AHMAD KHUDHAIRI BIN MANSUR EXCO TEKNIKAL NAJIY RIZAL BIN SURIANI RIZAL EXCO SUKAN & REKREASI AHMAD NADZIR BIN ABDUL RAZAK EXCO MULTIMEDIA & INFORMASI MUHAMAD HAZIM RIDHWAN BIN MUHAMAD ZULHAINAN EXCO KEBAJIKAN SHAFIQ BIN M. TUNAIDI
SEKRETARIAT JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ ZAMRUD
MUHAMMAD SYAZRIN BIN ZULFAKAR DANIAL RUSLAN PITTAWAY MUHAMMAD ILHAM SANI BIN JOHARI MUHAMMAD AMIRRUL IQBAL BIN MUHAMMAD NASIR MUHAMMAD ASRUL BIN ZULKIFLI IQBAL BIN AHAMAD MOHD IZWAN BIN RAHMAT HASBULLAH BIN HARUN MUHAMMAD HAFIZI BIN ISHAK NIK AHMAD FARHAN BIN NIK MOHAMED
kepada pimpinan JPKZ 10/11 bermula secara rasmi pada 1 Januari 2011di bawah terajuan :-
Presiden NIK AHMAD FARHAN BIN NIK MOHAMED AMIN Naib Presiden MUHAMMAD AMIRRUL IQBAL BIN MUHAMMAD NASIR Setiausaha MUHAMMAD SYAZRIN BIN ZULFAKAR Bendahari MUHAMMAD HAZIM RIDHWAN BIN ZULHAINAN EXCO KESELAMATAN DAN SAHSIAH HASBULLAH BIN HARUN EXCO TUGAS-TUGAS KHAS IQBAL BIN AHAMAD EXCO KORPORAT DAN KEANTARABANGSAAN MUHAMMAD ASRUL BIN ZULKIFLI EXCO KEUSAHAWANAN MUHAMMAD ILHAM SANI BIN JOHARI EXCO KEROHANIAN DAN MODAL INSAN MOHAMAD FARIQ BIN ABD RAHMAN EXCO KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN MUHAMMAD IZZAT BIN SULAIMAN EXCO SUKAN & REKREASI MUHAMMAD HAFIZI BIN ISHAK EXCO MULTIMEDIA & INFORMASI DANIAL RUSLAN PITTAWAY EXCO KEBAJIKAN MOHD IZWAN BIN RAHMAT
SEKRETARIAT JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ MOHD KHARITH BIN MOSING MOHAMMED SHAHRUL NAZREEN BIN KUDUS WAN MOHD FAIZZUDDIN BIN WAN ABDULLAH MUHAMMAD ARIFF BIN AHMAD RASHID MOHAMAD IZWAN BIN KASRI MUHD REDZUAN BIN HARON MUHAMMAD HAZIEM BIN SAIFUL BAHAR AMIR SYAFIQ BIN MASRUDDIN MUHAMMAD FAHMI BIN AMRAN FAUZI BIN MD. SALIM
Di kesempatan ini, kami di pihak admin lama ingin memohon ribuan kemaafan,andai kata sepanjang pengendalian blog ini di era kami, timbul sebarang entri, komen atau apa jua bentuk pernyataan yang telah mengguris hati mana-mana pihak, berbaur politik atau kecaman, dan apa jua istilah yang membawa mesej negatif kepada umum secara langsung atau tidak langsung.
Untuk makluman, di kala ini, saf kepimpinan lama sedang bergelut dalam menghabiskan sesi kuliah semester akhir dan tahun akhir di Bumi UiTM Pulau Pinang, jadi sehubungan dengan itu, kami memohon doa daripada semua pihak untuk dipermudahkan perjalanan kami menghabiskan sisa pengajian di Bumi UiTM Pulau Pinang yang berbaki beberapa bulan ini dengan jayanya dan melangkah ke peringkat seterusnya seiring dengan halatuju masing-masing.
Kami juga mendoakan yang terbaik buat kalian, kepada admin baru, jadikanlah laman sesawang ini sebagai suatu wadah yang pendekatan mesra kepada kepimpinan anda, warga kampus dan siapa pun jua yang pernah bekerjasama dengan anda secara langsung atau tidak langsung, anda adala IMEJ kepada yang lain.
Elakkan laman ini hanya sekadar laman yang digembar-gemburkan malah ditayangkan kepada khalayak umum namun tiada pengisian, kami juga mendoakan agar kalian terus maju jaya dalam mencapai apa jua yang dihajati, TAHNIAH!!! atas keberjayaan program lepas sepanjang tahun ini, dan good luck untuk program-program seterusnya.
Buat para readers dan followers, jutaan terima kasih di atas sokongan dan teguran membina yang dilontarkan, kami amat menghargai usaha kalian. Semoga laman ini mampu mencapai objektif seperti yang awal dicanangkan sebaik laman ini dilancarkan dan bebas daripada segala unsur fitnah. ::
best regards, faiz aizudeen ismail vice president of jpkz 2009/ 2010 uitm pulau pinang 1st of march 2011 7.34am
secara keseluruhannya, sesi lepas iaitu sesi dis 2009/ april 2010, program yang dianjurkan yang melibatkan sepenuhnya JPK Zamrud dan jawatankuasa lain berjumlah 14 program, dengan diikuti sesi julai 2010/ nov 2010 juga berada pada jumlah yang sama, berikut merupakan kalendar tahunan aktiviti jpkz di bawah pemantauan dan kelolaan MT JPKZ 09/ 10:[klik gambar untuk paparan lebih besar]
sekadar perkongsian buat tatapan para perwakilan, termasuk barisan sekretariat, terima kasih tidak terhingga atas bantuan kalian... moga kalian terus teguh atas jalan perwakilan selagi masa untuk menikmatinya masih belum berakhir, syukran...
Seperti semalam, kami bertolak dari tempat penginapan sekitar jam 0700H. Berpeluang breakfast di pertengahan jalan. Destinasi kami pagi ini; Kampung Budaya atau lebih dikenali pelancong antarabangsa sebagai Sarawak Cultural Village. Rugi kiranya kalau berkunjung ke Sarawak tetapi melepaskan peluang berkunjung ke sini. Hal ini kerana, kemajuan infrastruktur di Sarawak menjadikan kami seperti berada di semenanjung gamaknya. Tiket masuk harga biasa mencecah RM 45-60, tetapi dengan student cardholder harga tiket dikurangkan sehingga RM 15. Diskaun sehingga RM 30!!! Berbaloi dengan pengalaman yang kami terima.
Di sinilah terkandung pelbagai warisan khazanah dan himpunan etnik di negeri Sarawak. Tapi ini bukanlah titik noktah kunjungan kami ke Sarawak. Banyak lagi tempat menarik yang wajib dilawati, namun kami tidak berkesempatan untuk melawatinya memandangkan kami menyedari bahawa kunjungan kami ke Sarawak atas tiket perwakilan dan bukannya percutian. Rumah Panjang, Rumah Tinggi, Rumah Iban, Rumah Penan dan sebagainya terdapat di sini. Boleh dikatakan, jika berkunjung ke sini, kita dapat memahami secara keseluruhan apa yang berlaku di Sarawak. Daripada yang misteri, dengan disajikan dengan tengkorak manusia sebagai santapan permulaan, sehinggalah perkara yang remeh-temeh. Semuanya ada di sini. Kami juga berpeluang mencuba pelbagai alat tradisi masyarakat bumiputera Sarawak. Sape, sumpit, pakaian etnik dan sebagainya. Kemuncak lawatan kami di sini berakhir dengan persembahan daripada pelbagai etnik yang terdapat di Sarawak di auditorium yang disediakan.
kegirangan yang jelas terpancar sebaik memasuki pintu gerbang Kg Budaya
peserta bergaya dengan baju tradisi etnik negeri Sarawak
bergambar bersama salah seorang penduduk tetap di situ
mengasah bakat yang terpendam
nasib x roboh je jambatan ni
inilah pakar pembuat sape
di auditorium untuk menyaksikan persembahan
gah di pintu gerbang, tiba untuk pulang
Kunjungan kami berakhir jam 1245H. Seterusnya kami dibawa ke kawasan Bandar untuk juadah tengahari sebelum dibawa ke Swinburne University of Technology. Swinburne merupakan antara salah sebuah IPTS terkemuka di Malaysia. Mana tidaknya, hampir keseluruhan cawangannya berada di Australia dan hanya kampus Sarawak merupakan satu-satunya cawangan Swinburne di Malaysia.
LUNCH HOUR
Sama seperti slot di UNIMAS, pengisiannya juga tetap serupa, Cuma berlainan di Swinburne, kerana slot kami dihadiri oleh unit korporat, wakil school of engineering, wakil Swinburne Students Council, dan wakil pelajar school of engineering. Di sini pengalaman yang kami terima cukup berbeza. Hampir keseluruhan peserta lawatan ini bertukar bahasa serta-merta. Daripada loghat pelbagai negeri yang pekat, kami mampu bertutur dalam bahasa inggeris pelat versi kacukan Germany dan Australia. Tambahan pula, rata-rata pelajar yang turut serta dalam taklimat itu merupakan pelajar antarabangsa. Nepal, Nigeria, Bangladesh, Hong Kong, China, Australia, New Zealand dan sebagainya.
Prof Anatoli
wakil Swinburne Sarawak Student Council
sesi penyampaian cenderahati tanda kenang-kenangan
kek lapis~!
Selesai di Swinburne, kami bergegas menuju ke kilang pembuatan kek lapis antara yang popular di Sarawak. Kilang Kek Lapis Dayang nama diberi. Namun bukanlah kilang seperti yang kami sangka. Hanya rumah kedai seuunit yang diubah suai mengikut citarasa pengusahanya. Walaupun kami tidak dipertotonkan kaedah pembuatan kek lapis ini, namun bila melihat kepada deretan kek lapis yang siap tersusun rapi di rak yang disediakan dan katanya siap sedia untuk dipos ke merata tempat sehinggalah ke luar negara, hati kami berbunga riang. Harga amat berpatutan. Bermula RM 10-RM35 sebungkus. Para peserta pula sibuk memilih dan tidak ketinggalan juga yang sedang bersantai sambil leka menikmati juadah kek lapis yang disediakan. Leka dibuai mimpi indah di perjalanan pulang, sedar-sedar sahaja kami telah tiba di tempat penginapan. Pengalaman yang berharga diterima pada hari ini. Saya pula hilang habis suara. Apalah nasib Pengarah Program. Saya sedikit terkilan kerana tidak mampu menyumbang sepenuhnya dalam lawatan ini. Ibarat sebagai seorang peserta yang tidak melakukan apa-apa. Mujurlah beban saya sepenuhnya diringankan oleh barisan jentera perwakilan yang tidak jemu-jemu membantu saya dalam melaksanakan tugasan. Thanx a lots u guys!!! Sedang menanti hari terakhir esok yang semestinya masih menjanjikan pengalaman yang menarik. I-Allah… Sweet Dreams… Sleep Tight…
5th Day (15th of May)
Hari terakhir dan semestinya peluang keemasan yang tidak mampu dilepaskan oleh para peserta. Kami berangkat seawal jam 0600H lagi. Perjalanan hari ini boleh dikira jauh dan amat memenatkan. Jangka masa perjalanan boleh diibaratkan dengan tempoh masa sepanjang menaiki pesawat ke Kuching daripada semenanjung. Perhentian seterusnya, Serikin>>Pasar Satok>>UiTM Samarahan>>KuchingInternationalAirport. Daripada semalam, saya sudah mengingatkan para peserta untuk berkemas siap-siap, dan bersedia untuk bangun awal memandangkan perjalanan jauh yang bakal ditempuh hari ini. Alhamdulillah, para peserta amat menepati waktu dan terima kasih kerana akur pada arahan yang diberikan. Kami menikmati panorama indah sepanjang perjalanan yang memakan masa satu jam setengah itu. Serikin dan bukannya Sarikei. Hendak digambarkan, umpama Rantau Panjang di Kelantan dan Padang besar di Perlis. Saya sempat memborong barangan kulit yang ditawarkan dengan harga yang murah di sini.
Meluangkan masa selama 3 jam di sini, terasa sungguh singkat, apatah lagi bila memikirkan kami mempunyai destinasi lagi selepas ini. Seterusnya kami berangkat ke Pasar Satok atau lebih dikenali Satok Wet Market. Di sini juga tempat memborong. Sasaran utama peserta ialah IKAN TERUBOK MASIN!!! Tiada semampunya yang mampu digambarkan di sini. Para peserta juga sibuk mencari barang-barang keperluan masing-masing memandangkan inilah sesi membeli-belah yang terakhir buat kami. Tepat jam 1500H, kami pulang ke tempat penginapan untuk persiapan terakhir sebelum pulang ke Pulau Pinang.
abdikan kenangan terakhir sebelum bertolak ke airport
Tepat jam 1830H, rombongan kami bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Melihatkan kepada muatan bagasi para peserta yang beranak-pinak, bertambah berlipat kali ganda daripada apa yang dibawa sebelum ini, membuatkan hati saya resah kembali. Lantas ketika check-in, saya mengarahakan Bendahari Program untuk berada di samping saya jika berlaku situasi “muatan terlebih” yang sememangnya memerlukan tambahan dari segi matawang. Mujurlah duit lebihan daripada akaun JPK mencukupi untuk membayar nilai muatan yang lebih itu. Namun, Alhamdulillah… Jumlah bagasi yang ditimbang milik kesulurhan peserta seberat 329.98/330kg!!! Berbaki lagi 0.02kg yang menyelamatkan kami daripada membayar harga muatan yang lebih. Mujurlah petugas Air Asia itu memahami kondisi kami. Penerbangan pulang kami Kuching-Penang dijangka pada jam 2105H. Di sinilah titik noktah lawatan kami. Juga titik tolak kepada kami mungkin dengan semangat dan harapan baru dalam perwakilan, diri, keluarga, universiti, bangsa, negara dan agama. Alhamdulillah telah selesai program kami yang terakhir pada semester ini dengan jayanya. Moga kami terus berpeluang menjana aktiviti yang lebih membangun dan kehadapan selepas ini. Di kesempatan ini, saya selaku Pengarah Program bagi Program Benchmarking-Road Tour Kenyalang ingin memohon ribuan kemaafan seandainya ada terkasar bahasa, tersalah budi bicara dan teguris hati sepanjang kalian bekerjasama dengan saya dalam melaksanakan program ini. Jasa kalian semua hanya Allah jua yang mampu membalasnya. Bagi yang telah berubah kearah yang lebih baik selepas program ini, kekalkan momentum perubahan anda. I-Allah, moga kalian lebih berjaya pada masa akan datang. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua.
alhamdulillah, usai sudah 15 hb november bersamaan hari ahad yang menyaksikan rata-rata warga JPKZ berjaya menghabiskan kertas peperiksaan terakhir (walaupun ada di kalangan kami yang tamat paper akhir lebih awal), moga-moga apa yang dijawab dalam peperiksaaan sepanjang mengharungi musim final exam selama sebulan ini, menghasilkan natijah yang baik, seiring dan setimpal dengan usaha yang dilakukan oleh segenap diri masing-masing...
pepatah arab ada mengatakan "man jadda wa jada, wa man zaro'a hasoda" dan ditambah lagi dengan pepatah lain "al-'ilmi bilak 'amalin kasy syajari bila thamarin"... pepatah pertama menyebut, "barangsiapa yang berusaha, dia akan dapat apa yg dihajatinya, sementelah dengan barangsiapa yang menanam, maka dia akan menuai hasilnya", manakala pepatah kedua membawa maksud "ilmu yang tidak diamalkan ibarat pohon yang tidak berbuah"
sama-sama kita renungkan kehendak pepatah tersebut yang membawa pelbagai tafsiran jika dihayati dan dikaji secara mendalam, taktikalnya, selagi mana kita berusaha untuk mencapai yang terbaik sekadar yang termampu tanpa mengabaikan kepentingan yang lain, i-Allah kita akan dapat apa yang kita hajati, dan tentunya kejayaan ditempa untuk mendapat keredhaan Allah... semoga masing-masing memperoleh kejayaan yang dihajati....
malam 15 hb itu jugak, satu perjumpaan antara PPA dan JPKZ-JPKB telah diadakan... tujuannya adalah untuk mengeratkan hubungan dan saling berkenalan memandangkan kami tinggal di bawah satu bumbung, jika sudah kenal, agak mudah sedikit untuk melakukan tugas-tugas persatuan, kalau boleh dan sepatutnya, jangan ada dalam kalangan kami yang melampaui batas andai peluang bekerjasama terbuka luas, jangan pula disalahgunakan dan disalahertikan, nauzubillahiminzalik!!!
kesokkannya, rata-rata antara kami akan mengorak langkah ke Padang Terap di Kedah untuk sesi BTN, ada juga yang bakal ke Melaka untuk sesi KIK, ada yang terlibat dengan KEM Suksis, namun tidak kurang juga yang tidak menyertai sebarang aktiviti atas komitmen peribadi yang tidak dapat dielakkan... berikut merupakan senarai ahli yang terlibat :
BTN
SYAZWAN SAIFUL IQBAL HAKIM NADZIR SHAFIQ HAZIM SYAZRIN PITTAWAY ILHAM SANI AMIRRUL IQBAL ASRUL IQBAL AHAMAD IZWAN HASBULLAH NIK FARHAN
KIK MELAKA
AZAHARI YUSUF NAJIY RIZAL
KEM SUKSIS
ZULKHAIRI SYARIZAL HAFIZI
HAL-HAL LAIN
FAIZZUDDIN - EMERGENCY LEAVE KHUDHAIRI - KOMITMEN KELUARGA
Apa yang penting? walupun ada yang akan menjawab K-E-R-J-A-S-A-M-A (pengaruh wonderpets), kami tidak akan menyangkal jawapan mereka... ingatlah sekalian warga JPKZ dan jajahan takluknya... gunakan kesempatan ini untuk menimba ilmu dengan sebaiknya, pengalaman adalah sesuatu yang tidak mampu dibeli dan agak sukar dicari melainkan jika kita sendiri yang menghendakkannya, gunakan segenap peluang dan pengalaman yang ditimba untuk diaplikasikan dalam gerak kerja persatuan, agar masing-masing mampu mencapai objektif dan matlamat persatuan, tidak rugi jika kita berbakti...
Berupaya mengecat "bahagian" pejabat kolej berasaskan saranan 5S... melibatkan staff UPK dan JPK pada hari ini... melibatkan ruamg legar sekitar pejabat... sedang berusaha untuk mendapatkan gambar semasa mengecat dan akan diupload kemudian... tunggu yer...
Dan inilah hasil kerja warga JPKZ dengan bantuan Staf UPK, maaf yer, tidak banyak gambar yg dapat diupload, x habis copy lagi dgn abg Zohir....
kepoyoan YDP JPKZ merancang statue of liberty~
lakaran statue of liberty YDP JPKZ dan Exco Kebajikan
ketekunan NYDP JPKZ dan exco Kebajikan memplaster dinding sebelum dicat dan disimbah cat baru, gelombang oren jingga~
wajah dinding yang sudah dicat kelihatan abg zohir dan ydp JPKZ sedang menggantung hiasan memang spontan~
EXCO DISIPLIN & KESELAMATAN MUHAMMAD ZULKHAIRI BIN AZMI
EXCO PENGURUSAN MAJLIS & PROTOKOL MUHAMAD SAIFUL BIN JAMALUDIN
EXCO KEUSAHAWANAN MUHAMAD IQBAL HAKIM BIN JOHARI
EXCO KEROHANIAN AHMAD KHUDHAIRI BIN MANSOR
EXCO TEKNIKAL NAJIY RIZAL BIN SURIANI RIZAL
EXCO SUKAN & REKREASI AHMAD NADZIR BIN ABDUL RAZAK
EXCO MULTIMEDIA & INFORMASI
MUHAMAD HAZIM RIDHWAN BIN MUHAMAD ZULHAINAN
EXCO KEBAJIKAN SHAFIQ BIN M. TUNAIDI
EXCO TUGAS-TUGAS KHAS MOHAMAD SYARIZAL BIN ABDULLAH SEKRETARIAT JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ ZAMRUD
MUHAMMAD SYAZRIN BIN ZULFAKAR DANIAL RUSLAN PITTAWAY MUHAMMAD ILHAM SANI BIN JOHARI MUHAMMAD AMIRRUL IQBAL BIN MUHAMMAD NASIR MUHAMMAD ASRUL BIN ZULKIFLI MUHAMMAD HAFIZI BIN ISHAK NIK AHMAD FARHAN BIN NIK MOHAMED IQBAL BIN AHAMAD MOHD IZWAN BIN RAHMAT HASBULLAH BIN HARUN
Jawatankuasa Perwakilan Kolej Zamrud, Unit Pengurusan Kolej Zamrud, Pejabat Peng. Kolej Tingkat 1, Kolej Zamrud, Universiti Teknologi MARA Kampus Pulau Pinang. emel : jpkz_uitmpp@yahoo.com web : www.jpkz-uitmpp.blogspot.com
Presiden NIK AHMAD FARHAN BIN NIK MOHAMED AMIN Naib Presiden MUHAMMAD AMIRRUL IQBAL BIN MUHAMMAD NASIR Setiausaha MUHAMMAD SYAZRIN BIN ZULFAKAR Bendahari MUHAMMAD HAZIM RIDHWAN BIN ZULHAINAN EXCO KESELAMATAN DAN SAHSIAH HASBULLAH BIN HARUN EXCO TUGAS-TUGAS KHAS IQBAL BIN AHAMAD EXCO KORPORAT DAN KEANTARABANGSAAN MUHAMMAD ASRUL BIN ZULKIFLI EXCO KEUSAHAWANAN MUHAMMAD ILHAM SANI BIN JOHARI EXCO KEROHANIAN DAN MODAL INSAN MOHAMAD FARIQ BIN ABD RAHMAN EXCO KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN MUHAMMAD IZZAT BIN SULAIMAN EXCO SUKAN & REKREASI MUHAMMAD HAFIZI BIN ISHAK EXCO MULTIMEDIA & INFORMASI DANIAL RUSLAN PITTAWAY EXCO KEBAJIKAN MOHD IZWAN BIN RAHMAT
SEKRETARIAT JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ MOHD KHARITH BIN MOSING