rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Tuesday, June 22, 2010

Tuesday, June 1, 2010

Benchmarking~Road Tour Kenyalang continues...

edited from the same sources [link]

4th Day (14th of May)


Seperti semalam, kami bertolak dari tempat penginapan sekitar jam 0700H. Berpeluang breakfast di pertengahan jalan. Destinasi kami pagi ini; Kampung Budaya atau lebih dikenali pelancong antarabangsa sebagai Sarawak Cultural Village. Rugi kiranya kalau berkunjung ke Sarawak tetapi melepaskan peluang berkunjung ke sini. Hal ini kerana, kemajuan infrastruktur di Sarawak menjadikan kami seperti berada di semenanjung gamaknya. Tiket masuk harga biasa mencecah RM 45-60, tetapi dengan student cardholder harga tiket dikurangkan sehingga RM 15. Diskaun sehingga RM 30!!! Berbaloi dengan pengalaman yang kami terima.


Di sinilah terkandung pelbagai warisan khazanah dan himpunan etnik di negeri Sarawak. Tapi ini bukanlah titik noktah kunjungan kami ke Sarawak. Banyak lagi tempat menarik yang wajib dilawati, namun kami tidak berkesempatan untuk melawatinya memandangkan kami menyedari bahawa kunjungan kami ke Sarawak atas tiket perwakilan dan bukannya percutian. Rumah Panjang, Rumah Tinggi, Rumah Iban, Rumah Penan dan sebagainya terdapat di sini. Boleh dikatakan, jika berkunjung ke sini, kita dapat memahami secara keseluruhan apa yang berlaku di Sarawak. Daripada yang misteri, dengan disajikan dengan tengkorak manusia sebagai santapan permulaan, sehinggalah perkara yang remeh-temeh. Semuanya ada di sini. Kami juga berpeluang mencuba pelbagai alat tradisi masyarakat bumiputera Sarawak. Sape, sumpit, pakaian etnik dan sebagainya. Kemuncak lawatan kami di sini berakhir dengan persembahan daripada pelbagai etnik yang terdapat di Sarawak di auditorium yang disediakan.

kegirangan yang jelas terpancar sebaik memasuki pintu gerbang Kg Budaya

peserta bergaya dengan baju tradisi etnik negeri Sarawak

bergambar bersama salah seorang penduduk tetap di situ



mengasah bakat yang terpendam




nasib x roboh je jambatan ni



inilah pakar pembuat sape

di auditorium untuk menyaksikan persembahan






gah di pintu gerbang, tiba untuk pulang

Kunjungan kami berakhir jam 1245H. Seterusnya kami dibawa ke kawasan Bandar untuk juadah tengahari sebelum dibawa ke Swinburne University of Technology. Swinburne merupakan antara salah sebuah IPTS terkemuka di Malaysia. Mana tidaknya, hampir keseluruhan cawangannya berada di Australia dan hanya kampus Sarawak merupakan satu-satunya cawangan Swinburne di Malaysia.

LUNCH HOUR

Sama seperti slot di UNIMAS, pengisiannya juga tetap serupa, Cuma berlainan di Swinburne, kerana slot kami dihadiri oleh unit korporat, wakil school of engineering, wakil Swinburne Students Council, dan wakil pelajar school of engineering. Di sini pengalaman yang kami terima cukup berbeza. Hampir keseluruhan peserta lawatan ini bertukar bahasa serta-merta. Daripada loghat pelbagai negeri yang pekat, kami mampu bertutur dalam bahasa inggeris pelat versi kacukan Germany dan Australia. Tambahan pula, rata-rata pelajar yang turut serta dalam taklimat itu merupakan pelajar antarabangsa. Nepal, Nigeria, Bangladesh, Hong Kong, China, Australia, New Zealand dan sebagainya.




Prof Anatoli




wakil Swinburne Sarawak Student Council



sesi penyampaian cenderahati tanda kenang-kenangan




kek lapis~!

Selesai di Swinburne, kami bergegas menuju ke kilang pembuatan kek lapis antara yang popular di Sarawak. Kilang Kek Lapis Dayang nama diberi. Namun bukanlah kilang seperti yang kami sangka. Hanya rumah kedai seuunit yang diubah suai mengikut citarasa pengusahanya. Walaupun kami tidak dipertotonkan kaedah pembuatan kek lapis ini, namun bila melihat kepada deretan kek lapis yang siap tersusun rapi di rak yang disediakan dan katanya siap sedia untuk dipos ke merata tempat sehinggalah ke luar negara, hati kami berbunga riang. Harga amat berpatutan. Bermula RM 10-RM35 sebungkus. Para peserta pula sibuk memilih dan tidak ketinggalan juga yang sedang bersantai sambil leka menikmati juadah kek lapis yang disediakan. Leka dibuai mimpi indah di perjalanan pulang, sedar-sedar sahaja kami telah tiba di tempat penginapan. Pengalaman yang berharga diterima pada hari ini. Saya pula hilang habis suara. Apalah nasib Pengarah Program. Saya sedikit terkilan kerana tidak mampu menyumbang sepenuhnya dalam lawatan ini. Ibarat sebagai seorang peserta yang tidak melakukan apa-apa. Mujurlah beban saya sepenuhnya diringankan oleh barisan jentera perwakilan yang tidak jemu-jemu membantu saya dalam melaksanakan tugasan. Thanx a lots u guys!!! Sedang menanti hari terakhir esok yang semestinya masih menjanjikan pengalaman yang menarik. I-Allah… Sweet Dreams… Sleep Tight…


5th Day (15th of May)

Hari terakhir dan semestinya peluang keemasan yang tidak mampu dilepaskan oleh para peserta. Kami berangkat seawal jam 0600H lagi. Perjalanan hari ini boleh dikira jauh dan amat memenatkan. Jangka masa perjalanan boleh diibaratkan dengan tempoh masa sepanjang menaiki pesawat ke Kuching daripada semenanjung. Perhentian seterusnya, Serikin>>Pasar Satok>>UiTM Samarahan>>Kuching International Airport. Daripada semalam, saya sudah mengingatkan para peserta untuk berkemas siap-siap, dan bersedia untuk bangun awal memandangkan perjalanan jauh yang bakal ditempuh hari ini. Alhamdulillah, para peserta amat menepati waktu dan terima kasih kerana akur pada arahan yang diberikan. Kami menikmati panorama indah sepanjang perjalanan yang memakan masa satu jam setengah itu. Serikin dan bukannya Sarikei. Hendak digambarkan, umpama Rantau Panjang di Kelantan dan Padang besar di Perlis. Saya sempat memborong barangan kulit yang ditawarkan dengan harga yang murah di sini.


Meluangkan masa selama 3 jam di sini, terasa sungguh singkat, apatah lagi bila memikirkan kami mempunyai destinasi lagi selepas ini. Seterusnya kami berangkat ke Pasar Satok atau lebih dikenali Satok Wet Market. Di sini juga tempat memborong. Sasaran utama peserta ialah IKAN TERUBOK MASIN!!! Tiada semampunya yang mampu digambarkan di sini. Para peserta juga sibuk mencari barang-barang keperluan masing-masing memandangkan inilah sesi membeli-belah yang terakhir buat kami. Tepat jam 1500H, kami pulang ke tempat penginapan untuk persiapan terakhir sebelum pulang ke Pulau Pinang.



abdikan kenangan terakhir sebelum bertolak ke airport

Tepat jam 1830H, rombongan kami bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Melihatkan kepada muatan bagasi para peserta yang beranak-pinak, bertambah berlipat kali ganda daripada apa yang dibawa sebelum ini, membuatkan hati saya resah kembali. Lantas ketika check-in, saya mengarahakan Bendahari Program untuk berada di samping saya jika berlaku situasi “muatan terlebih” yang sememangnya memerlukan tambahan dari segi matawang. Mujurlah duit lebihan daripada akaun JPK mencukupi untuk membayar nilai muatan yang lebih itu. Namun, Alhamdulillah… Jumlah bagasi yang ditimbang milik kesulurhan peserta seberat 329.98/330kg!!! Berbaki lagi 0.02kg yang menyelamatkan kami daripada membayar harga muatan yang lebih. Mujurlah petugas Air Asia itu memahami kondisi kami. Penerbangan pulang kami Kuching-Penang dijangka pada jam 2105H. Di sinilah titik noktah lawatan kami. Juga titik tolak kepada kami mungkin dengan semangat dan harapan baru dalam perwakilan, diri, keluarga, universiti, bangsa, negara dan agama. Alhamdulillah telah selesai program kami yang terakhir pada semester ini dengan jayanya. Moga kami terus berpeluang menjana aktiviti yang lebih membangun dan kehadapan selepas ini. Di kesempatan ini, saya selaku Pengarah Program bagi Program Benchmarking-Road Tour Kenyalang ingin memohon ribuan kemaafan seandainya ada terkasar bahasa, tersalah budi bicara dan teguris hati sepanjang kalian bekerjasama dengan saya dalam melaksanakan program ini. Jasa kalian semua hanya Allah jua yang mampu membalasnya. Bagi yang telah berubah kearah yang lebih baik selepas program ini, kekalkan momentum perubahan anda. I-Allah, moga kalian lebih berjaya pada masa akan datang. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua.



safely landed at LTBL, Pearl Island

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post-mail address

Jawatankuasa Perwakilan Kolej Zamrud,
Unit Pengurusan Kolej Zamrud,
Pejabat Peng. Kolej Tingkat 1, Kolej Zamrud,
Universiti Teknologi MARA Kampus Pulau Pinang.
emel : jpkz_uitmpp@yahoo.com
web : www.jpkz-uitmpp.blogspot.com