rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)
Showing posts with label achieve your goals. Show all posts
Showing posts with label achieve your goals. Show all posts

Tuesday, March 1, 2011

~Bertukar Admin~

Bismillahirrahmnirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.

Pengumuman berskala 3.15 dan 4.15 skala ritcher (bilik mantan, jemput mai).

:: Untuk makluman, blog rasmi Jawatankuasa Perwakilan Kolej Zamrud telah bertukar admin bermula 5 Oktober 2010, namun dilanjutkan ke penghujung tahun 2010 seiring pertukaran pimpinan JPKZ 09/10 di bawah terajuan :-

Presiden

AZAHARI BIN RAZALI
Naib Presiden
MUHAMMAD FAIZZUDDIN BIN ISMAIL

Setiausaha
SYAZWAN BIN SAZALI
Bendahari
MUHAMMAD YUSUF BIN NAJAMUDIN
EXCO DISIPLIN & KESELAMATAN
MUHAMMAD ZULKHAIRI BIN AZMI
EXCO TUGAS-TUGAS KHAS
MUHAMAD SAIFUL BIN JAMALUDIN
EXCO PENGURUSAN MAJLIS & PROTOKOL
MOHAMAD SYARIZAL BIN ABDULLAH
EXCO KEUSAHAWANAN
MUHAMAD IQBAL HAKIM BIN JOHARI
EXCO KEROHANIAN
AHMAD KHUDHAIRI BIN MANSUR
EXCO TEKNIKAL
NAJIY RIZAL BIN SURIANI RIZAL
EXCO SUKAN & REKREASI
AHMAD NADZIR BIN ABDUL RAZAK
EXCO MULTIMEDIA & INFORMASI
MUHAMAD HAZIM RIDHWAN BIN MUHAMAD ZULHAINAN
EXCO KEBAJIKAN
SHAFIQ BIN M. TUNAIDI

SEKRETARIAT JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ ZAMRUD

MUHAMMAD SYAZRIN BIN ZULFAKAR
DANIAL RUSLAN PITTAWAY
MUHAMMAD ILHAM SANI BIN JOHARI
MUHAMMAD AMIRRUL IQBAL BIN MUHAMMAD NASIR
MUHAMMAD ASRUL BIN ZULKIFLI
IQBAL BIN AHAMAD
MOHD IZWAN BIN RAHMAT
HASBULLAH BIN HARUN
MUHAMMAD HAFIZI BIN ISHAK
NIK AHMAD FARHAN BIN NIK MOHAMED

kepada pimpinan JPKZ 10/11 bermula secara rasmi pada 1 Januari 2011di bawah terajuan :-

Presiden
NIK AHMAD FARHAN BIN NIK MOHAMED AMIN
Naib Presiden
MUHAMMAD AMIRRUL IQBAL BIN MUHAMMAD NASIR
Setiausaha
MUHAMMAD SYAZRIN BIN ZULFAKAR
Bendahari
MUHAMMAD HAZIM RIDHWAN BIN ZULHAINAN
EXCO KESELAMATAN DAN SAHSIAH
HASBULLAH BIN HARUN
EXCO TUGAS-TUGAS KHAS
IQBAL BIN AHAMAD
EXCO KORPORAT DAN KEANTARABANGSAAN
MUHAMMAD ASRUL BIN ZULKIFLI
EXCO KEUSAHAWANAN
MUHAMMAD ILHAM SANI BIN JOHARI
EXCO KEROHANIAN DAN MODAL INSAN
MOHAMAD FARIQ BIN ABD RAHMAN
EXCO KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN
MUHAMMAD IZZAT BIN SULAIMAN
EXCO SUKAN & REKREASI
MUHAMMAD HAFIZI BIN ISHAK
EXCO MULTIMEDIA & INFORMASI
DANIAL RUSLAN PITTAWAY
EXCO KEBAJIKAN
MOHD IZWAN BIN RAHMAT

SEKRETARIAT JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ
MOHD KHARITH BIN MOSING
MOHAMMED SHAHRUL NAZREEN BIN KUDUS
WAN MOHD FAIZZUDDIN BIN WAN ABDULLAH
MUHAMMAD ARIFF BIN AHMAD RASHID
MOHAMAD IZWAN BIN KASRI
MUHD REDZUAN BIN HARON
MUHAMMAD HAZIEM BIN SAIFUL BAHAR
AMIR SYAFIQ BIN MASRUDDIN
MUHAMMAD FAHMI BIN AMRAN
FAUZI BIN MD. SALIM

Di kesempatan ini, kami di pihak admin lama ingin memohon ribuan kemaafan,andai kata sepanjang pengendalian blog ini di era kami, timbul sebarang entri, komen atau apa jua bentuk pernyataan yang telah mengguris hati mana-mana pihak, berbaur politik atau kecaman, dan apa jua istilah yang membawa mesej negatif kepada umum secara langsung atau tidak langsung.

Untuk makluman, di kala ini, saf kepimpinan lama sedang bergelut dalam menghabiskan sesi kuliah semester akhir dan tahun akhir di Bumi UiTM Pulau Pinang, jadi sehubungan dengan itu, kami memohon doa daripada semua pihak untuk dipermudahkan perjalanan kami menghabiskan sisa pengajian di Bumi UiTM Pulau Pinang yang berbaki beberapa bulan ini dengan jayanya dan melangkah ke peringkat seterusnya seiring dengan halatuju masing-masing.

Kami juga mendoakan yang terbaik buat kalian, kepada admin baru, jadikanlah laman sesawang ini sebagai suatu wadah yang pendekatan mesra kepada kepimpinan anda, warga kampus dan siapa pun jua yang pernah bekerjasama dengan anda secara langsung atau tidak langsung, anda adala IMEJ kepada yang lain.

Elakkan laman ini hanya sekadar laman yang digembar-gemburkan malah ditayangkan kepada khalayak umum namun tiada pengisian, kami juga mendoakan agar kalian terus maju jaya dalam mencapai apa jua yang dihajati, TAHNIAH!!! atas keberjayaan program lepas sepanjang tahun ini, dan good luck untuk program-program seterusnya.

Buat para readers dan followers, jutaan terima kasih di atas sokongan dan teguran membina yang dilontarkan, kami amat menghargai usaha kalian. Semoga laman ini mampu mencapai objektif seperti yang awal dicanangkan sebaik laman ini dilancarkan dan bebas daripada segala unsur fitnah. ::

best regards,
faiz aizudeen ismail
vice president of jpkz 2009/ 2010
uitm pulau pinang
1st of march 2011
7.34am



Monday, September 13, 2010

Updated on Syawal

secara keseluruhannya, sesi lepas iaitu sesi dis 2009/ april 2010, program yang dianjurkan yang melibatkan sepenuhnya JPK Zamrud dan jawatankuasa lain berjumlah 14 program, dengan diikuti sesi julai 2010/ nov 2010 juga berada pada jumlah yang sama, berikut merupakan kalendar tahunan aktiviti jpkz di bawah pemantauan dan kelolaan MT JPKZ 09/ 10: [klik gambar untuk paparan lebih besar]

sekadar perkongsian buat tatapan para perwakilan, termasuk barisan sekretariat, terima kasih tidak terhingga atas bantuan kalian... moga kalian terus teguh atas jalan perwakilan selagi masa untuk menikmatinya masih belum berakhir, syukran...
~credits to MT, all of my exco n seki~


edited from [link]

Saturday, November 7, 2009

~wheel of dreams~

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, setelah berat ujian mendatang, pertukaran ahli, perletakan jawatan, petukaran exco, rombakan dan segala rombakan yang dibuat... hasilnya... inilah...
warga jawatankuasa perwakilan... dianggotai 4 orng majlis tertinggi, 9 exco setiap bahagian dan 10 0rng sekretariat... dan, 9 orang pemerhati dalaman...

Pada dasarnya, berat juga warga JPK Zamrud untuk menilai sekretariat merangkap warga baru JPKZ ni... tidak banyak aktiviti yang dibuat dan mungkin tidak ada langsung aktiviti yang terlaksana... sejajar dengan hasrat kerajaan Malaysia dan pekeliling UiTM ; H1N1, gelombang kedua bakal melanda, segala aktiviti luar adalah terbatas sehingga keadaan kembali reda.....

Sememangnya, melalui aktiviti yang dijalankan, warga pimpinan JPK dapat menilai tahap komitmen sekretariat sama ada boleh diharap, intermediate, penuh dan pelbagai istilah lain yang tidak tergambar dek kata-kata, penilaian terletak dalam diri masing-masing....

Antara tugas yang mereka lakukan :
1)pemakaian harian yang mematuhi sahsiah rupa diri sepanjang seminggu
2)kuiz tentang pengurusan kolej anjuran UPK
3)create design baju
4)kumpul tandatangan warga UPK
5)kumpul tandatangan warga JPK

So far so good, bak kata los n faun Mr Sofaar as-Soogood...
Pihak JPK dan UPK mengharapkan komitmen tinggi ini berterusan tanpa mengabaikan hak-hak peribadi dan keperluan yang lain... Kesimpulannya, pandai-pandailah membahagikan masa antara komitmen persatuan, komitmen akademik, komitmen diri, komitmen keluarga dan pelbagai komitmen yang lain... Janji manis anda pada temuduga dahulu kami tagih demi merealisasikan hasrat diri yang sebenar kepada Allah, Rasul, Keluarga, Diri & Masyarakat dalam memenuhi aspirasi kolej dan keperluan anda pada masa akan datang... Jagalah dan kekalkanlah hubungan baik sesama ahli dalam komuniti JPK ini... Pada masa yang sama jaga hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan makhluk Allah yang lain... Perselisihan kecil sememangnya tidak mustahil untuk berlaku, sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi dalam kehidupan sebagai seorang manusia yang sememangnya lemah...

Teruskanlah berbakti...

Sunday, November 1, 2009

~Semoga Selamat di Atas Jalan Kepimpinan~Salam Tahniah dan Takziah~

Peringatan Buat Para Pemimpin
www.iluvislam.com
dihantar oleh: fuadsyazwan
Editor: deynarashid


Menjadi pemimpin bukan mudah. Tapi zaman sekarang semua orang kemaruk untuk jadi pemimpin. Hayatilah kisah ini untuk menilai layakkah kita untuk meminta-minta jawatan pemimpin.

Dari hal keadilan, ketakwaan dan kemuliaan budi baginda Umar bin Abdul Aziz, tidaklah perlu lagi diterangkan panjang lebar. Kisahnya panjang lebar telah dikarang oleh ulama-ulama.

Sesungguhpun dia telah mencapai kedudukan yang semulia itu, belumlah dia kenyang dari petunjuk ulama dan pimpinan seorang yang arif.

Pada suatu hari berkirim suratlah baginda kepada ulama Tabi’in yang masyhur, Hasan Basri, bertanya kepada beliau dari hal sifat-sifat Imam (raja) yang adil. Maka telah menjawab Hasan Basri demikian bunyinya:

“Ketahuilah hai Amirul Mukminin, bahawasanya Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah menjadikan raja yang adil laksana tongkat tua yang teguh condong yang akan menauri, lemah yang akan membila. Dia menjadi tujuan dari segala orang yang ragu, memperbaiki segala yang rosak, menguatkan segala yang lemah, tempat mengadu bagi tiap-tiap yang teraniaya, tempat kembali dari tiap-tiap yang sengsara.”

“Imam yang adil ya Amirul Mukminin, ialah laksana seorang pengembala yang hati rahim kepada binatang pengembalaannya; dibawanya ke padang yang berumput subur, dijaganya jangan jatuh ke lurah yang curam, dijaganya dan dipeliharanya jangan ditangkap binatang buas, dipeliharanya jangan ditimpa dahaga dan kepanasan.”

“Imam yang adil ya Amirul Mukminin, laksana seorang ayah yang cinta akan anak-anaknya, diasuhnya semasa anak itu kecil, diajarnya setelah anak itu besar, dituntunnya di dalam mencari penghidupan, dikumpulkannya harta bersusah payah, untuk anaknya itu jika si ayah mati.”

“Imam yang adil ya Amirul Mukminin, laksana seorang ibu yang pengasih, dikandungnya anaknya dalam perutnya dengan susah payah, diasuhnya setelah anak itu lahir. Tidak tidur matanya malam, jika anaknya bangun, dia termenung jika dilihatnya anaknya duka, disusukannya; puas disusukan digendungnya. Mukanya berseri-seri jika si anak sihat, mukanya muram jika si anak sakit.”

“Imam yang adil ya Amirul Mukminin, ialah laksana seorang yang berdiri di antara Allah dengan hamba-Nya, didengarnya Maha Tuhan dengan tenang, setelah itu diterangkannya bagaimana wajah-Nya kepada mereka. Dibimbingnya tangan umat supaya sama-sama ke hadrat Rabbi, memohonkan kurnia-Nya.”

“Oleh sebab itu ya Amirul Mukminin, janganlah paduka sebagai budak yang dipercayakan oleh penghulunya kepadanya menyimpan hartanya dan memelihara kaum kerabatnya, lantas budak itu khianat akan amanat, dimusnahkannya harta benda itu dan disia-siakannya petaruh.”

“Kemudian itu ingatlah ya Amirul Mukminin akan maut dan apa yang akan kejadian sesudah mati. Ingatlah bahwa persedian paduka agaknya sedikit, orang yang akan menolong paduka tidak ada. Bersiaplah untuk menghadapi mati, dan untuk menghadapi zaman sesudah mati.”

“Ketahuilah pula ya Amirul Mukminin, bahawa paduka akan tinggal dalam sebuah rumah yang tidak serupa dengan rumah yang paduka diami sekarang. Lama sekali paduka akan mengeluh di sana, dan tidaklah seorang juga yang akan menemuinya, hanya tinggal seorang diri dalam kesunyian."

"Oleh sebab itu berkemaslah dari sekarang dan bersiaplah. Kerana perkemasan dan persiapan yang disediakan lebih dahulu, itulah hanya yang akan menolong di sana kelak, iaitu pada waktu lari padanya manusia daripada saudaranya dan ibunya daripada ayahnya dan isterinya, daripada anaknya sekalipun.”



“Ingatlah ya Amirul Mukminin, ingatlah dengan hati-hati, akan suatu masa kelak yang akan dibongkar segala isi kubur, akan dikupas segala isi dada, segala rahsia pada hari itu akan terbuka. Semuanya tertulis dalam kitab, baik besar mahupun kecil semuanya dihitung.”

“Maka sekarang ya Amirul Mukminin, ingatlah dengan saksama, sebelum ajal sampai janji mendatang, sebelum hukum putus angan berhenti:

Jangan paduka menghukum atas hamba Allah dengan kebodohan, jangan paduka bawa mereka ke jalan aniaya, jangan diangkat orang-orang yang takbur menjadi pegawai, memerintah orang yang lemah. Sebab m
ereka menjatuhkan perintah dengan sesuka hati dan semahu-mahunya saja. Kelak padukalah yang akan menanggungjawab atas dosa mereka, dan yang bertali dengan itu, dikumpulkan dengan dosa paduka sendiri.

Janganlah paduka terpedaya oleh tipuan orang-orang yang menelah nikmat kesusahan paduka. Mereka makan segala yang enak-enak di dunia, supaya paduka menelan segala kesusahan di akhirat.

Jangan paduka berbesar hati lantaran mempunyai kekuatan pada diri ini, tetapi fikirkanlah kekuatan untuk dari jiwa yang akan dicabut, pada waktu mana seluruh badan paduka diikat oleh rantai kematian, atau berdiri di hadapan Allah, dikelilingi oleh sekalian Malaikat. Nabi-nabi dan Rasul-rasul. Pada waktu mana seluruh wajah makhluk, menghadap kepada Yang Hidup dan Yang Kekal!”

“Adapun patik sendiri ya Amiru Mukminin, meskipun nasihat patik ini tidak sebagus nasihat-nasihat orang-orang yang lebih muda daripada patik pada zaman dahulu, namun patik amat cinta kepada tuanku dan amat ikhlas. Oleh sebab itu pandanglah isi surat patik ini, laksana ubat yang diberikan oleh seorang kecintaan kepada kecintaannya yang sakit. Meskipun agaknya pahit, moga-moga di dalam kepahitan itu ada tersimpan kesihatan dan afiat.”



Dipetik dari Lembaga Hikmat, karya Hamka

Perwakilan atau Diwakilkan???


Dipimpin Atau Memimpin
www.iluvislam.com
oleh: lutfihafifi
Editor: deynarashid

Setiap individu yang berfikiran waras dan matang haruslah sentiasa bersedia dan kehadapan dalam isu-isu memilih pimpinan ini, mengenal seseorang pemimpin melaui sikap, kecenderungan dan kekuatan pemimpin itu haruslah menjadi salah satu resepi bagaimana seseorang individu menilai bakal pemimpin yang mereka inginkan.

Tidak kira siapapun, kita diberi Allah S.W.T kelebihan masing-masing, samada kita diberikan kuasa selaku pemimpin, kita harus adil kepada diri sendiri dan orang dibawah kita, samada kita selaku orang yang dipimpin kita punya hak untuk menjadi rakyat yang matang dan profesional dalam menilai pemimpin kita.

Samada DIPIMPIN atau MEMIMPIN semuanya harus kembali kepada ALLAH S.W.T, yang lebih MAHA BERKUASA kepada hambaNYA.

Ramuan Memilih Pemimpin




Ada yang mengatakan kita harus memilih pimpinan yang benar-benar mengikut ciri-ciri Muslim sejati dan “Perfect”, ada pula yang berpendapat seseorang pimpinan itu haruslah bijak pandai dalam pelajaran dan ada pula yang berpendapat pemimpin itu dipilih kerana hubungannya dengan rakyat bawahan serta macam-macam lagi kaedah yang begitu subjektif untuk kita membenarkan ia sebati dan sempurna bila diadun.

Bersikap adil pada kehendak sosial haruslah difikirkan dengan lebih terbuka dikalangan kita. Menjadi “Juri” merupakan salah satu pilihan yang harus dipilih oleh kita sebelum menjadi “Hakim” terhadap pimpinan yang bakal dipilih.

Keadaan masyarakat, suasana sosial, kehendak sekeliling haruslah diambil kira dalam menilai siapakah pimpinan yang bakal menerajui sesebuah oraganisasi itu.

Silap Memilih, Hancur Bersilih

Silap menilai untuk memilih pemimpin yang terbaik seringkali menjadi kesalahan utama buat kita. Kesannya cukup-cukup terasa bila anda berada disisi pimpinan. Inilah kesilapan yang benar-benar membuatkan sesebuah organisasi itu hancur bersilih ganti, bila “warisan” ini dikekalkan dan diturunkan ia tidak mampu menjanjikan sesuatu perubahan, malah ia “menjanjikan” satu keadaan yang amat kucar-kacir.

Kerana simpati dan menjaga dasar-dasar persahabatan yang ikatannya yang dikatakan lebih dari saudara, kita sanggup menggadai kepentingan sosial yang jauh lebih utama untuk difikirkan dan dek kerana kemahsyurannya, kita kehilangan dan seolah-olah buta melihat manusia lain yang jauh lebih berbakat dan dek kerana secubit jasa yang kita pernah terima, kita tertutup minda untuk menilai pimpinan yang kita pilih dengan lebih mendalam.

Ianya jadi beban, beban yang berat bagi mereka yang merasai. Tidak dinafikan ianya cukup-cukup susah dan kritikal untuk dinilai, namun ianya satu yang subjektif untuk kita kaji serta huraikan dengan lebih terperinci siapakah pimpinan yang bakal kita pilih dan ianya bukan objektif untuk terus kita tentukan.

Itu kelebihan perkara yang subjektif. Tidak perlu tepuk dada tanya selera. “ketuk hati dan akal, selera itu pelbagai-bagai”.

"Walk The Talk"

Penghayatan pada bicaranya dan bertindak mengikut bicaranya kemudian merubah bermula dengan dirinya sendiri. Siapapun kita bila menjadi pemimpin, kaedah ini haruslah dijadikan sandaran yang terbaik dalam melaksanakan “kerja” yang diberi.

Kita haruslah berani untuk menjadi seorang yang mampu melaksanakan perubahan didalam organisasi yang diceburi. Bekerja di atas dasar “tradisi” membuatkan organisasi berada di tampuk yang lama. Statik dan susah berubah.

Berubah merupakan kunci yang cukup-cukup penting dalam sesebuah kepimpinan, ia juga merupakan salah satu perkara yang harus diambil kira oleh mereka yang dipimpin untuk merubah pimpinan yang benar-benar berjaya. Memilih pemimpin adalah kerana prinsip, falsafah dan nilai yang mereka perjuangkan untuk rakyat. Kuasa adalah amanah dan kuasa adalah tanggungjawab.

Sejarah Satu Pengajaran

Sejarah mendidik kita untuk jauh menilai sesebuah kepimpinan itu dengan lebih matang dan terbuka. Walaupun hanya diperingkat bawahan, namun nilai dan pengajaran dalam sejarah kepimpinan harus diambil kira dan dihayati.

Sejarah membuktikan keberjayaan sesuatu bangsa dan negara itu bukanlah hadir semata-semata kerana kemajuan dan kemodenan semata-mata, namun sikap moral dan sosial sesebuah bangsa yang dipimpin oleh pemimpin yang benar-benar berprinsip teguh yang menjadikan negara itu maju dan berjaya.

Apabila Saidina Abu Bakar Al-Sidiq dipilih menggantikan tampuk pemerintahan Rasulullah S.A.W, Saidina Abu Bakar berucap di tengah-tengah rakyatnya . “Saya telah diangkat menjadi ketua saudara sekalian walaupun saya bukanlah orang yang terbaik di antara saudara. Sekiranya saya berbuat baik, berikanlah pertolongan kepada saya, dan sekiranya saya melakukan kesalahan, betulkanlah kesalahanku itu. Ikutlah saya selagi saya menuruti perintah Allah dan Rasulnya, dan sekiranya saya mengingkari (perintah) Allah dan Rasulnya, saudara sekalian tidaklah patut taat kepadaku lagi.”



Konsepnya cukup cantik dan sempurna. Rendah diri dan berpegang pada prinsip membuatkan pemimpin itu disegani rakyat dan disayangi, dek kerana keluhuran budi yang pemimpin itu miliki, negara yang asalnya “ARANG HITAM” bisa bertukar menjadi “BERLIAN MEWAH”.

Kita selusuri pula sejarah pemerintah-pemerintah yang digulingkan rakyat, semuanya kerana apa? Semuanya kerana kesalahan yang pemimpin itu sendiri tidak mampu selindungkan, dinaikkan hanya kerana kerana nama serta dilantik hanya kerana kemahsyuran, bukan pada prinsip, idea dan perjuangan demi rakyat.

Betapa hinanya Ferdinand Marcos di Filipina yang digulingkan melalui “kuasa rakyat” kerana kesilapannya menjadi pemimpin, beliau “diratah” rakyatnya kerana membencikan beliau dan inilah juga caranya Presiden Suharto terpaksa meletakkan jawatannya setelah dipaksa oleh protes popular rakyat Indonesia begitu juga kisah maharaja Syah di Iran yang dijatuhkan takhtanya akibat revolusi rakyat Iran, semuanya kerana apa?

Tanpa prinsip dan kebijakan bersosial, siapapun boleh jatuh. Kini kita sudah jauh dihadapan, warga muda haruslah memandang jauh kehadapan. Kualiti pemikiran kita yang benar-benar matang merupakan ukuran asas untuk kita menentukan dunia masa akan datang. Segala terletak di tangan kita dan di AKAL FIKIRAN kita. Tiada manusia yang sempurna, namun tidak salah mempelajari kesempurnaan. Sekadar sumbangan fikrah untuk dihayati dan didengari.

-demi satu amanah semangat membara, berapi.....
setiap daripada kamu adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan ke atas kepimpinanmu kelak - hadis Nabi S.A.W

pesanan penaja...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post-mail address

Jawatankuasa Perwakilan Kolej Zamrud,
Unit Pengurusan Kolej Zamrud,
Pejabat Peng. Kolej Tingkat 1, Kolej Zamrud,
Universiti Teknologi MARA Kampus Pulau Pinang.
emel : jpkz_uitmpp@yahoo.com
web : www.jpkz-uitmpp.blogspot.com