rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Sunday, December 27, 2009

tahun baru mulakan dengan azam baru...!!!!

bbQ d' kolej zamrud...best!!!

Dengan sumbangan iklas drpd akak L kami telah mengadakan bbQ d hadapan kolej zamrud bg menhargai jasa dan sumbangan yang telah di berikan oleh setiap jpk dan sekretiat......mula2 kami bergotong- royong ramai2 d bilik gerakan untuk menyiapkan barang masakan...cm main masak2 plak....huhuhu....mencuci ayam, daging dan yg pntg basuh telor....hahahahaha.... kita org start bbQ pkul 5 ptg......majlis juga d meriahkan lg dgn kehadiran cik din sekeluarga serta warga staff kolej........mkn...punya mkn...bkr..punya bkar...daa abez....erm rugi la saper xder...erm tp mmg best la mkn free kot....huhuhu...anyway thankx la kat akak l...xiexie.....len kali berlanja ag,....ni antara memori yg sempat d rakam.....muka2 kelaparan.....hahahahhaa


muka kebuluq ayam.....

chef jemputan....

terkenang nasib ayam....

muka selenga..

adik-beradik baru...

kemah bohh....!!!

hang cucuk sana hang cucuk cni...

akak l cover makan...

wajah2 puas atie..

Jpk dan sekretiat membuat persediaan bagi pendaftaran pelajar baru intake disember 2009

Bagi makluman anda semua kami warga kolej zamrud dengan sukarelanya ingin menyumbang bakti, tenaga, jasa serta keringat kepada pihak pentadbiran kolej tanpa menharap apa-apa balasan. Untuk pengetahuan umum kami telah meninggalkan kampung halaman masing-masing pada 20/12/2009 untuk melaporkan diri di kolej zamrud.Walaupun agak sedih untuk berpisah bersama keluarga tercinta namun kami perlu kuatkan semangat, kentalkan hati yang lara serta bersiap sedia dengan apa jua halangan yang mendatang kelak...cewah...... Kami yang berjumlah 22 orang terdiri daripada 12 orang jpk dan 10 orang sekretiat serta dipimpin oleh Yang di Pertua iaitu saudara Azahari Razali telah memberi komitmen yang tinggi di dalam memastikan segala tugasan yang di berikan memenuhi kriteria pihak kolej. Kerja kami bermula seawal 9 pg dan berakhir kira-kira pukul 5 petang waktu pejabat. aktiviti lain yang dapat merapatkan hubungan siratulrahim di antara kami ialah bermain futsal d' court baiduri, bola tampar dan hari rabu half-day menonton wayang bersama-sama cerita "avatar" dan drop mendrop nOOb tol!!!.........hari kemuncak ialah tanggal 27/12/2009 yang menguji kejantanan kami selaku warga jpk....huhuhu....bagi mereka yang menjalankan tugas dengan penuh keiklasan kami mengucapkan jutaan terima kasih walaupun pelbagai masalah yang melanda namun ia lumrah manusia tidak boleh lari daripada menghadapi masalah......jadi sama2 la kita bekerjasama d dlm menjalankan tugas...apa yang penting kerja....sama!!!! majulah sukan untuk negara...hidup jpk dan sekretiat !!!!

Friday, November 27, 2009

SALAM AIDIL ADHA 1430H buat smua warga JPKZ




salam...
macam biasa dan kebiasaan...
dalam melapah daging, jangan lupakan lembu-lembu di padang ragut blkng kolej...
heheh...

jangan lupa, mereka juga penyumbang kepada kestabilan bau dan atmosfera di kolej zamrud!!!

Laporan Kursus KIK anjuran Uitm shah Alam di Uitm Bandar Melaka


ara dan komander



ktorn
pi

Monday, November 23, 2009

selamat maju jaya wahai jawatankuasa!!!

assalamualaikum w.b.t.

alhamdulillah, usai sudah 15 hb november bersamaan hari ahad yang menyaksikan rata-rata warga JPKZ berjaya menghabiskan kertas peperiksaan terakhir (walaupun ada di kalangan kami yang tamat paper akhir lebih awal), moga-moga apa yang dijawab dalam peperiksaaan sepanjang mengharungi musim final exam selama sebulan ini, menghasilkan natijah yang baik, seiring dan setimpal dengan usaha yang dilakukan oleh segenap diri masing-masing...

pepatah arab ada mengatakan "man jadda wa jada, wa man zaro'a hasoda" dan ditambah lagi dengan pepatah lain "al-'ilmi bilak 'amalin kasy syajari bila thamarin"... pepatah pertama menyebut, "barangsiapa yang berusaha, dia akan dapat apa yg dihajatinya, sementelah dengan barangsiapa yang menanam, maka dia akan menuai hasilnya", manakala pepatah kedua membawa maksud "ilmu yang tidak diamalkan ibarat pohon yang tidak berbuah"

sama-sama kita renungkan kehendak pepatah tersebut yang membawa pelbagai tafsiran jika dihayati dan dikaji secara mendalam, taktikalnya, selagi mana kita berusaha untuk mencapai yang terbaik sekadar yang termampu tanpa mengabaikan kepentingan yang lain, i-Allah kita akan dapat apa yang kita hajati, dan tentunya kejayaan ditempa untuk mendapat keredhaan Allah... semoga masing-masing memperoleh kejayaan yang dihajati....

malam 15 hb itu jugak, satu perjumpaan antara PPA dan JPKZ-JPKB telah diadakan... tujuannya adalah untuk mengeratkan hubungan dan saling berkenalan memandangkan kami tinggal di bawah satu bumbung, jika sudah kenal, agak mudah sedikit untuk melakukan tugas-tugas persatuan, kalau boleh dan sepatutnya, jangan ada dalam kalangan kami yang melampaui batas andai peluang bekerjasama terbuka luas, jangan pula disalahgunakan dan disalahertikan, nauzubillahiminzalik!!!

kesokkannya, rata-rata antara kami akan mengorak langkah ke Padang Terap di Kedah untuk sesi BTN, ada juga yang bakal ke Melaka untuk sesi KIK, ada yang terlibat dengan KEM Suksis, namun tidak kurang juga yang tidak menyertai sebarang aktiviti atas komitmen peribadi yang tidak dapat dielakkan... berikut merupakan senarai ahli yang terlibat :

BTN

SYAZWAN
SAIFUL
IQBAL HAKIM
NADZIR
SHAFIQ
HAZIM
SYAZRIN
PITTAWAY
ILHAM SANI
AMIRRUL IQBAL
ASRUL
IQBAL AHAMAD
IZWAN
HASBULLAH
NIK FARHAN

KIK MELAKA

AZAHARI
YUSUF
NAJIY RIZAL

KEM SUKSIS

ZULKHAIRI
SYARIZAL
HAFIZI

HAL-HAL LAIN

FAIZZUDDIN - EMERGENCY LEAVE
KHUDHAIRI - KOMITMEN KELUARGA


Apa yang penting? walupun ada yang akan menjawab K-E-R-J-A-S-A-M-A (pengaruh wonderpets), kami tidak akan menyangkal jawapan mereka... ingatlah sekalian warga JPKZ dan jajahan takluknya... gunakan kesempatan ini untuk menimba ilmu dengan sebaiknya, pengalaman adalah sesuatu yang tidak mampu dibeli dan agak sukar dicari melainkan jika kita sendiri yang menghendakkannya, gunakan segenap peluang dan pengalaman yang ditimba untuk diaplikasikan dalam gerak kerja persatuan, agar masing-masing mampu mencapai objektif dan matlamat persatuan, tidak rugi jika kita berbakti...

Monday, November 9, 2009

"Bahagian" Pejabat Kolej Berwajah Baru!!!

Alhamdulillah...

Berupaya mengecat "bahagian" pejabat kolej berasaskan saranan 5S...
melibatkan staff UPK dan JPK pada hari ini...
melibatkan ruamg legar sekitar pejabat...
sedang berusaha untuk mendapatkan gambar semasa mengecat dan akan diupload kemudian...
tunggu yer...

Dan inilah hasil kerja warga JPKZ dengan bantuan Staf UPK, maaf yer, tidak banyak gambar yg dapat diupload, x habis copy lagi dgn abg Zohir....


kepoyoan YDP JPKZ merancang statue of liberty~

lakaran statue of liberty YDP JPKZ dan Exco Kebajikan

ketekunan NYDP JPKZ dan exco Kebajikan memplaster dinding sebelum dicat dan disimbah cat baru, gelombang oren jingga~

wajah dinding yang sudah dicat
kelihatan abg zohir dan ydp JPKZ sedang menggantung hiasan
memang spontan~

Saturday, November 7, 2009

~wheel of dreams~

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, setelah berat ujian mendatang, pertukaran ahli, perletakan jawatan, petukaran exco, rombakan dan segala rombakan yang dibuat... hasilnya... inilah...
warga jawatankuasa perwakilan... dianggotai 4 orng majlis tertinggi, 9 exco setiap bahagian dan 10 0rng sekretariat... dan, 9 orang pemerhati dalaman...

Pada dasarnya, berat juga warga JPK Zamrud untuk menilai sekretariat merangkap warga baru JPKZ ni... tidak banyak aktiviti yang dibuat dan mungkin tidak ada langsung aktiviti yang terlaksana... sejajar dengan hasrat kerajaan Malaysia dan pekeliling UiTM ; H1N1, gelombang kedua bakal melanda, segala aktiviti luar adalah terbatas sehingga keadaan kembali reda.....

Sememangnya, melalui aktiviti yang dijalankan, warga pimpinan JPK dapat menilai tahap komitmen sekretariat sama ada boleh diharap, intermediate, penuh dan pelbagai istilah lain yang tidak tergambar dek kata-kata, penilaian terletak dalam diri masing-masing....

Antara tugas yang mereka lakukan :
1)pemakaian harian yang mematuhi sahsiah rupa diri sepanjang seminggu
2)kuiz tentang pengurusan kolej anjuran UPK
3)create design baju
4)kumpul tandatangan warga UPK
5)kumpul tandatangan warga JPK

So far so good, bak kata los n faun Mr Sofaar as-Soogood...
Pihak JPK dan UPK mengharapkan komitmen tinggi ini berterusan tanpa mengabaikan hak-hak peribadi dan keperluan yang lain... Kesimpulannya, pandai-pandailah membahagikan masa antara komitmen persatuan, komitmen akademik, komitmen diri, komitmen keluarga dan pelbagai komitmen yang lain... Janji manis anda pada temuduga dahulu kami tagih demi merealisasikan hasrat diri yang sebenar kepada Allah, Rasul, Keluarga, Diri & Masyarakat dalam memenuhi aspirasi kolej dan keperluan anda pada masa akan datang... Jagalah dan kekalkanlah hubungan baik sesama ahli dalam komuniti JPK ini... Pada masa yang sama jaga hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan makhluk Allah yang lain... Perselisihan kecil sememangnya tidak mustahil untuk berlaku, sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi dalam kehidupan sebagai seorang manusia yang sememangnya lemah...

Teruskanlah berbakti...

Sunday, November 1, 2009

~Semoga Selamat di Atas Jalan Kepimpinan~Salam Tahniah dan Takziah~

Peringatan Buat Para Pemimpin
www.iluvislam.com
dihantar oleh: fuadsyazwan
Editor: deynarashid


Menjadi pemimpin bukan mudah. Tapi zaman sekarang semua orang kemaruk untuk jadi pemimpin. Hayatilah kisah ini untuk menilai layakkah kita untuk meminta-minta jawatan pemimpin.

Dari hal keadilan, ketakwaan dan kemuliaan budi baginda Umar bin Abdul Aziz, tidaklah perlu lagi diterangkan panjang lebar. Kisahnya panjang lebar telah dikarang oleh ulama-ulama.

Sesungguhpun dia telah mencapai kedudukan yang semulia itu, belumlah dia kenyang dari petunjuk ulama dan pimpinan seorang yang arif.

Pada suatu hari berkirim suratlah baginda kepada ulama Tabi’in yang masyhur, Hasan Basri, bertanya kepada beliau dari hal sifat-sifat Imam (raja) yang adil. Maka telah menjawab Hasan Basri demikian bunyinya:

“Ketahuilah hai Amirul Mukminin, bahawasanya Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah menjadikan raja yang adil laksana tongkat tua yang teguh condong yang akan menauri, lemah yang akan membila. Dia menjadi tujuan dari segala orang yang ragu, memperbaiki segala yang rosak, menguatkan segala yang lemah, tempat mengadu bagi tiap-tiap yang teraniaya, tempat kembali dari tiap-tiap yang sengsara.”

“Imam yang adil ya Amirul Mukminin, ialah laksana seorang pengembala yang hati rahim kepada binatang pengembalaannya; dibawanya ke padang yang berumput subur, dijaganya jangan jatuh ke lurah yang curam, dijaganya dan dipeliharanya jangan ditangkap binatang buas, dipeliharanya jangan ditimpa dahaga dan kepanasan.”

“Imam yang adil ya Amirul Mukminin, laksana seorang ayah yang cinta akan anak-anaknya, diasuhnya semasa anak itu kecil, diajarnya setelah anak itu besar, dituntunnya di dalam mencari penghidupan, dikumpulkannya harta bersusah payah, untuk anaknya itu jika si ayah mati.”

“Imam yang adil ya Amirul Mukminin, laksana seorang ibu yang pengasih, dikandungnya anaknya dalam perutnya dengan susah payah, diasuhnya setelah anak itu lahir. Tidak tidur matanya malam, jika anaknya bangun, dia termenung jika dilihatnya anaknya duka, disusukannya; puas disusukan digendungnya. Mukanya berseri-seri jika si anak sihat, mukanya muram jika si anak sakit.”

“Imam yang adil ya Amirul Mukminin, ialah laksana seorang yang berdiri di antara Allah dengan hamba-Nya, didengarnya Maha Tuhan dengan tenang, setelah itu diterangkannya bagaimana wajah-Nya kepada mereka. Dibimbingnya tangan umat supaya sama-sama ke hadrat Rabbi, memohonkan kurnia-Nya.”

“Oleh sebab itu ya Amirul Mukminin, janganlah paduka sebagai budak yang dipercayakan oleh penghulunya kepadanya menyimpan hartanya dan memelihara kaum kerabatnya, lantas budak itu khianat akan amanat, dimusnahkannya harta benda itu dan disia-siakannya petaruh.”

“Kemudian itu ingatlah ya Amirul Mukminin akan maut dan apa yang akan kejadian sesudah mati. Ingatlah bahwa persedian paduka agaknya sedikit, orang yang akan menolong paduka tidak ada. Bersiaplah untuk menghadapi mati, dan untuk menghadapi zaman sesudah mati.”

“Ketahuilah pula ya Amirul Mukminin, bahawa paduka akan tinggal dalam sebuah rumah yang tidak serupa dengan rumah yang paduka diami sekarang. Lama sekali paduka akan mengeluh di sana, dan tidaklah seorang juga yang akan menemuinya, hanya tinggal seorang diri dalam kesunyian."

"Oleh sebab itu berkemaslah dari sekarang dan bersiaplah. Kerana perkemasan dan persiapan yang disediakan lebih dahulu, itulah hanya yang akan menolong di sana kelak, iaitu pada waktu lari padanya manusia daripada saudaranya dan ibunya daripada ayahnya dan isterinya, daripada anaknya sekalipun.”



“Ingatlah ya Amirul Mukminin, ingatlah dengan hati-hati, akan suatu masa kelak yang akan dibongkar segala isi kubur, akan dikupas segala isi dada, segala rahsia pada hari itu akan terbuka. Semuanya tertulis dalam kitab, baik besar mahupun kecil semuanya dihitung.

“Maka sekarang ya Amirul Mukminin, ingatlah dengan saksama, sebelum ajal sampai janji mendatang, sebelum hukum putus angan berhenti:

Jangan paduka menghukum atas hamba Allah dengan kebodohan, jangan paduka bawa mereka ke jalan aniaya, jangan diangkat orang-orang yang takbur menjadi pegawai, memerintah orang yang lemah. Sebab m
ereka menjatuhkan perintah dengan sesuka hati dan semahu-mahunya saja. Kelak padukalah yang akan menanggungjawab atas dosa mereka, dan yang bertali dengan itu, dikumpulkan dengan dosa paduka sendiri.

Janganlah paduka terpedaya oleh tipuan orang-orang yang menelah nikmat kesusahan paduka. Mereka makan segala yang enak-enak di dunia, supaya paduka menelan segala kesusahan di akhirat.

Jangan paduka berbesar hati lantaran mempunyai kekuatan pada diri ini, tetapi fikirkanlah kekuatan untuk dari jiwa yang akan dicabut, pada waktu mana seluruh badan paduka diikat oleh rantai kematian, atau berdiri di hadapan Allah, dikelilingi oleh sekalian Malaikat. Nabi-nabi dan Rasul-rasul. Pada waktu mana seluruh wajah makhluk, menghadap kepada Yang Hidup dan Yang Kekal!”

“Adapun patik sendiri ya Amiru Mukminin, meskipun nasihat patik ini tidak sebagus nasihat-nasihat orang-orang yang lebih muda daripada patik pada zaman dahulu, namun patik amat cinta kepada tuanku dan amat ikhlas. Oleh sebab itu pandanglah isi surat patik ini, laksana ubat yang diberikan oleh seorang kecintaan kepada kecintaannya yang sakit. Meskipun agaknya pahit, moga-moga di dalam kepahitan itu ada tersimpan kesihatan dan afiat.”



Dipetik dari Lembaga Hikmat, karya Hamka

Perwakilan atau Diwakilkan???


Dipimpin Atau Memimpin
www.iluvislam.com
oleh: lutfihafifi
Editor: deynarashid

Setiap individu yang berfikiran waras dan matang haruslah sentiasa bersedia dan kehadapan dalam isu-isu memilih pimpinan ini, mengenal seseorang pemimpin melaui sikap, kecenderungan dan kekuatan pemimpin itu haruslah menjadi salah satu resepi bagaimana seseorang individu menilai bakal pemimpin yang mereka inginkan.

Tidak kira siapapun, kita diberi Allah S.W.T kelebihan masing-masing, samada kita diberikan kuasa selaku pemimpin, kita harus adil kepada diri sendiri dan orang dibawah kita, samada kita selaku orang yang dipimpin kita punya hak untuk menjadi rakyat yang matang dan profesional dalam menilai pemimpin kita.

Samada DIPIMPIN atau MEMIMPIN semuanya harus kembali kepada ALLAH S.W.T, yang lebih MAHA BERKUASA kepada hambaNYA.

Ramuan Memilih Pemimpin




Ada yang mengatakan kita harus memilih pimpinan yang benar-benar mengikut ciri-ciri Muslim sejati dan “Perfect”, ada pula yang berpendapat seseorang pimpinan itu haruslah bijak pandai dalam pelajaran dan ada pula yang berpendapat pemimpin itu dipilih kerana hubungannya dengan rakyat bawahan serta macam-macam lagi kaedah yang begitu subjektif untuk kita membenarkan ia sebati dan sempurna bila diadun.

Bersikap adil pada kehendak sosial haruslah difikirkan dengan lebih terbuka dikalangan kita. Menjadi “Juri” merupakan salah satu pilihan yang harus dipilih oleh kita sebelum menjadi “Hakim” terhadap pimpinan yang bakal dipilih.

Keadaan masyarakat, suasana sosial, kehendak sekeliling haruslah diambil kira dalam menilai siapakah pimpinan yang bakal menerajui sesebuah oraganisasi itu.

Silap Memilih, Hancur Bersilih

Silap menilai untuk memilih pemimpin yang terbaik seringkali menjadi kesalahan utama buat kita. Kesannya cukup-cukup terasa bila anda berada disisi pimpinan. Inilah kesilapan yang benar-benar membuatkan sesebuah organisasi itu hancur bersilih ganti, bila “warisan” ini dikekalkan dan diturunkan ia tidak mampu menjanjikan sesuatu perubahan, malah ia “menjanjikan” satu keadaan yang amat kucar-kacir.

Kerana simpati dan menjaga dasar-dasar persahabatan yang ikatannya yang dikatakan lebih dari saudara, kita sanggup menggadai kepentingan sosial yang jauh lebih utama untuk difikirkan dan dek kerana kemahsyurannya, kita kehilangan dan seolah-olah buta melihat manusia lain yang jauh lebih berbakat dan dek kerana secubit jasa yang kita pernah terima, kita tertutup minda untuk menilai pimpinan yang kita pilih dengan lebih mendalam.

Ianya jadi beban, beban yang berat bagi mereka yang merasai. Tidak dinafikan ianya cukup-cukup susah dan kritikal untuk dinilai, namun ianya satu yang subjektif untuk kita kaji serta huraikan dengan lebih terperinci siapakah pimpinan yang bakal kita pilih dan ianya bukan objektif untuk terus kita tentukan.

Itu kelebihan perkara yang subjektif. Tidak perlu tepuk dada tanya selera. “ketuk hati dan akal, selera itu pelbagai-bagai”.

"Walk The Talk"

Penghayatan pada bicaranya dan bertindak mengikut bicaranya kemudian merubah bermula dengan dirinya sendiri. Siapapun kita bila menjadi pemimpin, kaedah ini haruslah dijadikan sandaran yang terbaik dalam melaksanakan “kerja” yang diberi.

Kita haruslah berani untuk menjadi seorang yang mampu melaksanakan perubahan didalam organisasi yang diceburi. Bekerja di atas dasar “tradisi” membuatkan organisasi berada di tampuk yang lama. Statik dan susah berubah.

Berubah merupakan kunci yang cukup-cukup penting dalam sesebuah kepimpinan, ia juga merupakan salah satu perkara yang harus diambil kira oleh mereka yang dipimpin untuk merubah pimpinan yang benar-benar berjaya. Memilih pemimpin adalah kerana prinsip, falsafah dan nilai yang mereka perjuangkan untuk rakyat. Kuasa adalah amanah dan kuasa adalah tanggungjawab.

Sejarah Satu Pengajaran

Sejarah mendidik kita untuk jauh menilai sesebuah kepimpinan itu dengan lebih matang dan terbuka. Walaupun hanya diperingkat bawahan, namun nilai dan pengajaran dalam sejarah kepimpinan harus diambil kira dan dihayati.

Sejarah membuktikan keberjayaan sesuatu bangsa dan negara itu bukanlah hadir semata-semata kerana kemajuan dan kemodenan semata-mata, namun sikap moral dan sosial sesebuah bangsa yang dipimpin oleh pemimpin yang benar-benar berprinsip teguh yang menjadikan negara itu maju dan berjaya.

Apabila Saidina Abu Bakar Al-Sidiq dipilih menggantikan tampuk pemerintahan Rasulullah S.A.W, Saidina Abu Bakar berucap di tengah-tengah rakyatnya . “Saya telah diangkat menjadi ketua saudara sekalian walaupun saya bukanlah orang yang terbaik di antara saudara. Sekiranya saya berbuat baik, berikanlah pertolongan kepada saya, dan sekiranya saya melakukan kesalahan, betulkanlah kesalahanku itu. Ikutlah saya selagi saya menuruti perintah Allah dan Rasulnya, dan sekiranya saya mengingkari (perintah) Allah dan Rasulnya, saudara sekalian tidaklah patut taat kepadaku lagi.”



Konsepnya cukup cantik dan sempurna. Rendah diri dan berpegang pada prinsip membuatkan pemimpin itu disegani rakyat dan disayangi, dek kerana keluhuran budi yang pemimpin itu miliki, negara yang asalnya “ARANG HITAM” bisa bertukar menjadi “BERLIAN MEWAH”.

Kita selusuri pula sejarah pemerintah-pemerintah yang digulingkan rakyat, semuanya kerana apa? Semuanya kerana kesalahan yang pemimpin itu sendiri tidak mampu selindungkan, dinaikkan hanya kerana kerana nama serta dilantik hanya kerana kemahsyuran, bukan pada prinsip, idea dan perjuangan demi rakyat.

Betapa hinanya Ferdinand Marcos di Filipina yang digulingkan melalui “kuasa rakyat” kerana kesilapannya menjadi pemimpin, beliau “diratah” rakyatnya kerana membencikan beliau dan inilah juga caranya Presiden Suharto terpaksa meletakkan jawatannya setelah dipaksa oleh protes popular rakyat Indonesia begitu juga kisah maharaja Syah di Iran yang dijatuhkan takhtanya akibat revolusi rakyat Iran, semuanya kerana apa?

Tanpa prinsip dan kebijakan bersosial, siapapun boleh jatuh. Kini kita sudah jauh dihadapan, warga muda haruslah memandang jauh kehadapan. Kualiti pemikiran kita yang benar-benar matang merupakan ukuran asas untuk kita menentukan dunia masa akan datang. Segala terletak di tangan kita dan di AKAL FIKIRAN kita. Tiada manusia yang sempurna, namun tidak salah mempelajari kesempurnaan. Sekadar sumbangan fikrah untuk dihayati dan didengari.

-demi satu amanah semangat membara, berapi.....
setiap daripada kamu adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan ke atas kepimpinanmu kelak - hadis Nabi S.A.W

pesanan penaja...

Wednesday, October 21, 2009





Sunday, October 18, 2009

BARISAN JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ ZAMRUD SESI 2009/2010

JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ ZAMRUD SESI 2009/2010

Presiden
AZAHARI BIN RAZALI

Naib Presiden
MUHAMMAD FAIZZUDDIN BIN ISMAIL

Setiausaha
SYAZWAN BIN SAZALI

Bendahari
MUHAMMAD YUSUF BIN NAJAMUDIN

EXCO DISIPLIN & KESELAMATAN
MUHAMMAD ZULKHAIRI BIN AZMI

EXCO PENGURUSAN MAJLIS & PROTOKOL
MUHAMAD SAIFUL BIN JAMALUDIN

EXCO KEUSAHAWANAN
MUHAMAD IQBAL HAKIM BIN JOHARI

EXCO KEROHANIAN
AHMAD KHUDHAIRI BIN MANSOR

EXCO TEKNIKAL
NAJIY RIZAL BIN SURIANI RIZAL

EXCO SUKAN & REKREASI
AHMAD NADZIR BIN ABDUL RAZAK

EXCO MULTIMEDIA & INFORMASI
MUHAMAD HAZIM RIDHWAN BIN MUHAMAD ZULHAINAN

EXCO KEBAJIKAN
SHAFIQ BIN M. TUNAIDI

EXCO TUGAS-TUGAS KHAS
MOHAMAD SYARIZAL BIN ABDULLAH
SEKRETARIAT JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ ZAMRUD

MUHAMMAD SYAZRIN BIN ZULFAKAR
DANIAL RUSLAN PITTAWAY
MUHAMMAD ILHAM SANI BIN JOHARI
MUHAMMAD AMIRRUL IQBAL BIN MUHAMMAD NASIR
MUHAMMAD ASRUL BIN ZULKIFLI
MUHAMMAD HAFIZI BIN ISHAK
NIK AHMAD FARHAN BIN NIK MOHAMED
IQBAL BIN AHAMAD
MOHD IZWAN BIN RAHMAT
HASBULLAH BIN HARUN



selamat menjalankan tugas dengan sebaiknya....

Saturday, September 26, 2009

Assalamualaikum.....
Ini adalah barisan Jawatan Perwakilan Kolej Zamrud (JPKZ) pada tahun 2010. Barisan ini akan menjaga kebajikan semua penghuni Kolej Zamrud sepanjang tahun 2010.
Kenalilah barisan JPKZ ini untuk memudahkan anda berurusan tanpa segan silu.
Kami berkhidmat kerana Allah untuk anda, kami akan buat yang terbaik. Yang baik itu datangnya dari Allah, segala salah silap datangnya dari kami sendiri. Segala salah dan silap harap dimaafi sepanjang kami berkhidmat...
Assalamualaikum.....
asalamualaikum warahmatullah...........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post-mail address

Jawatankuasa Perwakilan Kolej Zamrud,
Unit Pengurusan Kolej Zamrud,
Pejabat Peng. Kolej Tingkat 1, Kolej Zamrud,
Universiti Teknologi MARA Kampus Pulau Pinang.
emel : jpkz_uitmpp@yahoo.com
web : www.jpkz-uitmpp.blogspot.com