>>emerald college representative council<< moving towards satisfaction
4th Day (14th of May)
Sama seperti slot di UNIMAS, pengisiannya juga tetap serupa, Cuma berlainan di Swinburne, kerana slot kami dihadiri oleh unit korporat, wakil school of engineering, wakil Swinburne Students Council, dan wakil pelajar school of engineering. Di sini pengalaman yang kami terima cukup berbeza. Hampir keseluruhan peserta lawatan ini bertukar bahasa serta-merta. Daripada loghat pelbagai negeri yang pekat, kami mampu bertutur dalam bahasa inggeris pelat versi kacukan
Selesai di Swinburne, kami bergegas menuju ke kilang pembuatan kek lapis antara yang popular di Sarawak. Kilang Kek Lapis Dayang nama diberi. Namun bukanlah kilang seperti yang kami sangka. Hanya rumah kedai seuunit yang diubah suai mengikut citarasa pengusahanya. Walaupun kami tidak dipertotonkan kaedah pembuatan kek lapis ini, namun bila melihat kepada deretan kek lapis yang siap tersusun rapi di rak yang disediakan dan katanya siap sedia untuk dipos ke merata tempat sehinggalah ke luar negara, hati kami berbunga riang. Harga amat berpatutan. Bermula RM 10-RM35 sebungkus.
5th Day (15th of May)
Hari terakhir dan semestinya peluang keemasan yang tidak mampu dilepaskan oleh para peserta. Kami berangkat seawal jam 0600H lagi. Perjalanan hari ini boleh dikira jauh dan amat memenatkan. Jangka masa perjalanan boleh diibaratkan dengan tempoh masa sepanjang menaiki pesawat ke Kuching daripada semenanjung. Perhentian seterusnya, Serikin>>Pasar Satok>>UiTM Samarahan>>
Meluangkan masa selama 3 jam di sini, terasa sungguh singkat, apatah lagi bila memikirkan kami mempunyai destinasi lagi selepas ini. Seterusnya kami berangkat ke Pasar Satok atau lebih dikenali Satok Wet Market. Di sini juga tempat memborong. Sasaran utama peserta ialah IKAN TERUBOK MASIN!!! Tiada semampunya yang mampu digambarkan di sini.
Tepat jam 1830H, rombongan kami bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Melihatkan kepada muatan bagasi para peserta yang beranak-pinak, bertambah berlipat kali ganda daripada apa yang dibawa sebelum ini, membuatkan hati saya resah kembali. Lantas ketika check-in, saya mengarahakan Bendahari Program untuk berada di samping saya jika berlaku situasi “muatan terlebih” yang sememangnya memerlukan tambahan dari segi matawang. Mujurlah duit lebihan daripada akaun JPK mencukupi untuk membayar nilai muatan yang lebih itu. Namun, Alhamdulillah… Jumlah bagasi yang ditimbang milik kesulurhan peserta seberat 329.98/330kg!!! Berbaki lagi 0.02kg yang menyelamatkan kami daripada membayar harga muatan yang lebih. Mujurlah petugas Air Asia itu memahami kondisi kami. Penerbangan pulang kami Kuching-Penang dijangka pada jam 2105H. Di sinilah titik noktah lawatan kami. Juga titik tolak kepada kami mungkin dengan semangat dan harapan baru dalam perwakilan, diri, keluarga, universiti, bangsa, negara dan agama. Alhamdulillah telah selesai program kami yang terakhir pada semester ini dengan jayanya. Moga kami terus berpeluang menjana aktiviti yang lebih membangun dan kehadapan selepas ini. Di kesempatan ini, saya selaku Pengarah Program bagi Program Benchmarking-Road Tour Kenyalang ingin memohon ribuan kemaafan seandainya ada terkasar bahasa, tersalah budi bicara dan teguris hati sepanjang kalian bekerjasama dengan saya dalam melaksanakan program ini. Jasa kalian semua hanya Allah jua yang mampu membalasnya. Bagi yang telah berubah kearah yang lebih baik selepas program ini, kekalkan momentum perubahan anda. I-Allah, moga kalian lebih berjaya pada masa akan datang. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua.
|
|
Jawatankuasa Perwakilan Kolej Zamrud,
Unit Pengurusan Kolej Zamrud,
Pejabat Peng. Kolej Tingkat 1, Kolej Zamrud,
Universiti Teknologi MARA Kampus Pulau Pinang.
emel : jpkz_uitmpp@yahoo.com
web : www.jpkz-uitmpp.blogspot.com
Presiden
NIK AHMAD FARHAN BIN NIK MOHAMED AMIN
Naib Presiden
MUHAMMAD AMIRRUL IQBAL BIN MUHAMMAD NASIR
Setiausaha
MUHAMMAD SYAZRIN BIN ZULFAKAR
Bendahari
MUHAMMAD HAZIM RIDHWAN BIN ZULHAINAN
EXCO KESELAMATAN DAN SAHSIAH
HASBULLAH BIN HARUN
EXCO TUGAS-TUGAS KHAS
IQBAL BIN AHAMAD
EXCO KORPORAT DAN KEANTARABANGSAAN
MUHAMMAD ASRUL BIN ZULKIFLI
EXCO KEUSAHAWANAN
MUHAMMAD ILHAM SANI BIN JOHARI
EXCO KEROHANIAN DAN MODAL INSAN
MOHAMAD FARIQ BIN ABD RAHMAN
EXCO KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN
MUHAMMAD IZZAT BIN SULAIMAN
EXCO SUKAN & REKREASI
MUHAMMAD HAFIZI BIN ISHAK
EXCO MULTIMEDIA & INFORMASI
DANIAL RUSLAN PITTAWAY
EXCO KEBAJIKAN
MOHD IZWAN BIN RAHMAT
SEKRETARIAT JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ
MOHD KHARITH BIN MOSING
MOHAMMED SHAHRUL NAZREEN BIN KUDUS
WAN MOHD FAIZZUDDIN BIN WAN ABDULLAH
MUHAMMAD ARIFF BIN AHMAD RASHID
MOHAMAD IZWAN BIN KASRI
MUHD REDZUAN BIN HARON
MUHAMMAD HAZIEM BIN SAIFUL BAHAR
AMIR SYAFIQ BIN MASRUDDIN
MUHAMMAD FAHMI BIN AMRAN
FAUZI BIN MD. SALIM
JPK ZAMRUD UiTMPP All Rights Reserved. Blogger Template created by Deluxe Templates
Free Blogger Templates andWordpress Theme by Skinpress popularized by blue collar scientist